Assalamualaikum,
Selamat datang ke topik mengenal jenis dan sifat habitan
ikan air tawar ataw juga dikenali ikan darat.
Seperti diketahui ikan air tawar biasanya tinggal di kawasan sungai,
kolam,lombong,tasik,paya,longkang,sawah padi, ataw dimana
terdapat aliran air yang mana mempunyai habitat permakanannya.
ikan air tawar juga mudah didapati dikawasan kawasan berikut
dan membiak mengikut musim dan disebari oleh banjir dan air hujan
ikan air tawar juga terdapat diketegorikan didalam tiga jenis,iaitu
harvibo, memakan daging sahaja, karnivo memakan tumbuhan sahaja
serta omnivor memakan tumbuhan dan juga daging, melalui jenis
permakanan menunjukan Sifat sifat ikan tersebut dan memudahkan
untuk mengenakan umpan yang sesuai untuk memancingnya..(^_^)
IKAN HARUAN
Ialah ikan yang tahan lasak berbanding dengan ikan darat
yang lain. Ikan Haruan juga Mempunyai Sifat yang ganas
ketika diperairan.Ikan haruan dapat hidup dikawasan
berlumpur miskinpun mempunyai air yang agak sedikit
ikan ini sangat gemar memakan daging seperti katak
anak ikan belalang serta serangga kecil. Ikan haruan
kebanyakan terdapat diSungai sungai sawah padi
longkang tali air dan gemar bersembunyi dibawah
rumput air menunggu mangsanya.Disebabkan
Kelincahan ikan ini, merupakan ikan yang senang
dipancing dan sesuai untuk kaki pancing yang baru
menceburi bidang pancing.Keadah Teknik memancing
ikan Haruan Adalah Seperti berikut :
Sediakan Peralatan memancing Dengan memakai
Mata Kail Kalis Rumput Dengan mengenakan umpan
Seperti Cengkerek Katak Belalang Ataw Cacing
Diingatkan untuk memancing ikan haruan anda
perlu mengerak dan menghenjut pancing anda
seolah olah umpan yang ada letak seperti hidup
akan menarik minat ikan haruan untuk memakan
umpan dengan cepat..
Langkah & Cara Memancing
Langkah & Cara Memancing
- Peralatan Joran
- Joran
- Tali
- Klip Swing
- Mata Kail Kalis Rumput
Cara Membuat Perambut
- ikat clip swing pada permulaan tali
- sambungkn tali perambut dan ikat klip
- klipkan mata kail kalis rumput
- Gantungkan umpan,
P/s : tidak perlu menggunakan batu pemberat
bagi langkah memacing haruan
Contoh Umpan Bagi Memancing Haruan
- Katak minyak
- Cengkerek
- Belalang
- Serangga Bersayap
Cara Ketika Mengendali pancing semasa memancing haruan
Tidak kira apa jenis peralatan pancing yang digunakan
mahu pun mempunyai mesin motor menarik tali pancing
ataw kaedah lama menggunakan buluh sebagai batang joran
anda perlu sentiasa mengerakkan tali pancing ataw
menghenjutkan batang joran supaya umpan yang
anda pancingkan sentiasa berkeadaan bergerak
Seolah olah umpan yang anda sertakan seperti hidup
kerana ikan haruan akan memakan umpan dan benda
serangga hidup sahaja.. Ikan Haruan Memakan umpan
dengan cara menyambar secara pantas dipermukaan air
dibawah ranting, seolah olah seperti haiwan memburu mangsa
Jika umpan yang anda sertakan tidak digerakkan . walaupun
diletakkan dihadapan ikan haruan pasti tidak endahkan dan
tidak tertarik kepada umpan yang tidak bergerak ..
Semoga sedikit sebanyak ilmu yang saya kongsikan
akan dapat dimafaatkan bersama semasa memancing
Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya (^_^)
IKAN KELI
IKAN SEPAT SIAM
IKAN TALAPIA HITAM
No comments:
Post a Comment